Coklat Durian Checkers

Mencuba sesuatu yang baru. Pertama kali melihat coklat durian jadi teringin mencubanya. Di dalam kotak terdapatnya tiga jenis coklat durian iaitu coklat hitam, coklat susu dan coklat putih. Rasa coklat hitam ini sedikit pahit manis dan di dalamnya ada sedikit rasa manis berlemak durian yang lekat pada lidah. Sangat padan rasa ini. Coklat susu ini pula sedikit manis susu berlemak berbanding coklat hitam & rasa … Continue reading Coklat Durian Checkers

Kopi Segera Kacang Hazel Oldtown

Kopi putih Oldtown ini sangat tersohor di Ipoh, Perak malahan di Malaysia juga. Ini adalah pertama kali mencuba kopi kacang hazel. Apabila siap dibancuh, aroma manis kopi dan kacang hazel sangat memikat dan membuatkan seseorang itu mampu tersenyum. Rasa kopi yang sedikit pahit manis ditambah pula dengan manis kelat kacang hazel membuatkan seseorang itu rasa berbaloi untuk bangun pagi dan menikmati keindahan alam ini. Menjadi. Continue reading Kopi Segera Kacang Hazel Oldtown